Saturday, 25 July 2015

RIANG RIA DI HARI RAYA

Assalamualaikum...

Sekejap je masa berlalu, berlalu sudah ramdhan and now syawal pun dah separuh bulan. Tup-tup dah nak masuk tahun baru islam. Banyak dah ke amal ibadat yang kita buat tahun ni? Bulan ramadhan ye lah rajin je kita bangun pagi, sahur, baca al-quran and tahajud. Malam hari pula kita berterawih. Ni lepas ni, adkah amalan itu semua akan kekal atau sebaliknya?? *renung-renungkan dan selamat beramal.hihi

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua umat islam di seluruh dunia ini.wahh engkau. hahahaha. Okay, proceed to my point. Sebenarnya, saja nak taip-taip kat blog sebab dah lama tak buat karangan lah katakan jadinya nak tengok masih tau nak buat karangan bm ke tidak. rindu pula zaman-zaman sekolah dulu buat karangan sampai tujuh muka surat. hahaha. Maunya tak tujuh karangan, satu perenggan satu muka surat. Lenguh tangan cek tau dak, tapi tu lah orang selalu cakap 'practise make perfect'. Bila dalam exam semuanya jadi dah terbiasa. Alhamdulillah.

Raya tahun ini meriah sikit berbanding dengan tahun lepas sebabnya semua ada. Kakak abang balik beraya sama. wuhuhu. Diaorang semua dah balik awal, tengah ramadhan tu diorang dah ada kat rumah. Aku lah still ada kat kolej beljar menghadap buku padahal kepala fikir nak balik je. Dah la balik dua hari sebelum raya, memang rushing lah aku sesorang cari barang raya aku. Yang lain selamat lah dah beli awal-awal. Tapi apa-apa pun best sebab hari aku balik je dari kolej tu , malam tu kitaorang berbuka ramai-ramai family besar sebelah mak. Ambik kau, memang happy sesangat. Macam dah sambut raya malam tu. Esoknya aku gi shopping raya dengan my mum and my sis.Girl's day only. Abang and abah stay rumah, jaga rumah takut lari.eh eh, padahal kitaorg keluar cari barang diorang. Sampai ke malam lah cari barang diorang uh, ye lah tuan punya badan tak datang kena pandai-pandai ukur lah. Berbuka pun dengan air je,malam raya kan, faham-faham lah jalan cmne. huhu. malam tu sampai rumah dalam pkol 11 something lah. perghh penat tahap tak boleh nak digambarkan. Over sikit.


 nah sis lanje gambar raya satu 


Balik ni kerja aku drive mak aku je, gi mana-mana pun. Nasiblah, aku pun apa lagi kalau bab berjalan memang on je sebab malas nak duk rumah siapkan assigment yg berlambak tahap apa lagi.huhhuhu. But secara tak rasmi tugas aku jadi driver mak aku untuk cuti tamat pada hari ini. Yelah esok dah nak balik kolej, menghadap muka lecturer-lecturer tercinta pula lah. Mak aku pun x da dah la driver sejati nak bawa dia gi jalan-jalan. Harap kan kakak eden lah, tu pun kalau dia nak pi. Aku and mak aku e suka jalan ni, hihi. Mana tumpuahnya kuah kalau tak ke nasinya. erk ada kaitan ke. Pape je lah

Berbalik pasal cerita raya, dulu-dulu zaman kecik-kecik setiap tahun mesti main mercun, pasang lampu 'liplap' (standard ayat org kedah) tapi sekarang susah nak rasa benda tu semua sebab dah besar. Besar lah juga even tak sampai 20 lagi kan. Nak beli mercun segan, kang orang pandang pelik so selalu jadi mangsa sepupu tercenta yang kecik-kecik lagi lah pi beli. Bagi je duit semua okay, budak zaman sekarang. No money, No work. haih macam orang bekerja pula kan. But tak da benda tu tak meriah rasanya, balikkampung main ngan cousin even dah besar panjang, masak sama-sama, bakar ayam sama-sama. perghhh itu baru nama raya yang meriah. over je aku malam ni, semangat lebih kenapa ntah.haihhh

Apa-apa pun di bulan ramdhan dan syawal ini lah kita dapat berjumpa sanak saudara yang jauh dan dapat beramah mesra dengan diorang. So manfaat kan lah masa-masa yang indah ni. Jangan asyik dengan IT kome je, phone lah, chatting lah, game lah. semua tu abaikan dulu. okay. Happy eid mubarak again. KOSONG-KOSONG ye. INIKAN RAYA =)
ampun maaf dipinta. see ya 

No comments:

Post a Comment