Sunday, 1 December 2013

SEMANGAT BARU




sekali gagal bukan bermaksud gagal untuk selama-lamanya.hidup perlu diteruskan walaupun tanpa sokongan oleh orang yang diharap kerana Allah masih bersama kita dalam apa jua keadaan :)

tahun baru dengan semangat yang baru, i need to change my self. setiap orang pasti ada azam tersendiri untuk tahun baru ini.semestinya untuk berubah ke arah yang lebih baik. lebih berfikiran matang daripada sebelumnya. mampu berdikari dalam apa jua keadaan. tidak mengharapkan belas kasihan dan bantuan orang lagi. tidak akan mudah untuk berputus asa. itulah azam yang sering diperkatakan.

semua orang pasti ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. oleh itu gunakan kelebihan yang ada untuk menutupi kelemahan diri agar diri tidak rasa berada di bawah lagi. 'just move on with new life'. jadikan masa lalu kenangan dan sejarah yang tak perlu diulang untuk masa akan datang. dan jadikan hari akan datang lebih baik dan bermakna untuk diri kita.

kata-kata dari seorang sahabat 'Bahagia itu pasti datang kepada mereka yang masih berharap meskipun pernah kecewa, dan kepada mereka yang masih percaya meskipun pernah terluka.. Setiap dari kita ada cerita cintanya yang tersendiri.. Tapi Allah Ta'ala juga cinta yang sejati yang perlu kita dakapi'

TAHUN BARU AZAM BARU HIDUP BARU

masih perlu belajar hingga ke akhir hayat kelak untuk kehidupan di sana. tahun yang amat bermakna untuk diri ini bagi penentu masa hadapan yang cerah ataupun tidak tetapi harapnya sentiasa cerah dan baik. tidak ingin menjadi seorang yang lemah lagi dan ingin terus maju ke hadapan agar tercapai impian yang dihajati selama ini. tidak akan sesekali mudah untuk untuk berputus asa kerana stiap insan pasti ada kata-kata yang menjadi moto pada diri sendiri.



"NO MATTER HOW BAD IT IS AND HOW BAD IT GETS, YOU'RE GOING TO MAKE IT"
"WINNERS NEVER QUIT,QUITTERS NEVER WIN"